Vlogger maut selepas makan lipan & cicak tokek


Seorang vlogger di China maut ketika live streaming selepas makan lipan dan cicak tokek, lapor Daily Mail. 

Sun, 35, ditemui tidak bernyawa di flat kediamannya di Hefei, Aunhui, Sabtu lalu ketika teman wanitanya datang untuk berjumpa dengannya.

Mangsa yang membuat siaran langsung di platform live streaming terbesar di China, DouYu, merakam dirinya minum alkohol sambil makan lipan, cicak tokek dan ulat dua hari yang lalu. 

Akaunnya mempunyai sebanyak 15,000 followers dan membuat live streaming setiap malam. 


Bagi meningkatkan jumlah followers, Sun akan memusingkan 'roda impian' di belakangnya dan akan melakukan cabaran yang tertera pada roda tersebut termasuk menelan serangga berbisa itu di hadapan followersnya. 

Kali terakhir Sun melakukan live streaming pada jam 7.53 malam, Khamis lalu sebelum ditemui tidak bernyawa di dalam biliknya dengan komputer yang masih dalam mode live stream. 


Polis juga menemui beberapa makanan yang digunakan untuk tujuan live stream di meja mangsa. 

Polis mengklasifikasikan mangsa maut akibat perbuatannya sendiri namun tetap akan menyiasat punca sebenar kematiannya. 

Video itu juga telah dipadamkan dari laman DouYu. 

Sumber: Daily Mail


Sumber : thereporter.my