Dalam kejadian yang berlaku pada 4 Julai lalu di Wuhu, Anhui, Tang dilihat berlari di sebelah kiri lori itu sambil mengangkat basikalnya.
Sebaik saja lori itu membelok, Tang terus membaling basikalnya mengenai lori itu yang kemudian berhenti. Tang segera baring di bawah lori itu kononnya dia dilanggar sehingga mengalami kecederaan.
Tang terus menghubungi polis dan mendakwa dia telah dilanggar lori tersebut.
Apabila polis tiba di lokasi kejadian, Tang berpura-pura meraung kesakitan dan menuntut pampasan dari pemandu lori, Cui.
Namun, lakonan Tang itu gagal menyakinkan anggota polis. Apabila polis menonton semula video rakaman CCTV, ternyata Tang telah merancang melakukan perbuatan keji itu.
Tidak dapat dipastikan sama ada Tang dikenakan tindakan, polis berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan.
Sementara itu di media sosial, netizen mengecam tindakan bodoh dan memalukan wanita terbabit.
"Lakonan minah ni tak power. Kalau dia tak dihukum, dia akan buat lagi dan lagi," kata netizen.
Sumber: Asia One
Sumber : thereporter.my