14 Jun lalu, Mahkamah Tinggi menetapkan 8 Julai (hari ini) untuk mendengar hujahan terakhir bagi kes pendakwaan melibatkan 19 pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didakwa membunuh dan mencederakan rakan seuniversiti mereka, Zulfarhan Osman Zulkarnain.
Enam penuntut UPNM iaitu Muhammad Akmal Zuhairi, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan Osman di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017.
Barisan peguam yang mewakili tertuduh ialah Amer Hamzah Arshad, Datuk Ranjit Singh Dhillon, A.G. Kalidas, Datuk Hazizah Kassim, Datuk Seri M. Ramachelvam, Azizul Shariman dan Zamri Idrus.
Sementara itu di media sosial, netizen berharap mangsa akan diberi keadilan yang sewajarnya.
— I am never a mere label (@santeira) July 7, 2019
Pergh bukan biasa2 lawyer dia. Ranjit Singh, Azizul Shariman, Zamri Idrus.— Yugins (@_Yugins) July 7, 2019
Umur muda, banyak potensi nak berjaya, malangnya the only road available ialah penjara. But, I don't feel sorry for them— nyonya mansuh (@nyonyamansuh) July 7, 2019
Geramnya tengok muka takda rasa bersalah langsung 😢— ɐuıɟɐɹɐʎs (@finaRazali) July 8, 2019
Credit ig adik arwah, _zulhelmieIdros. pic.twitter.com/snKwIEAkiK
rasa nak tumbuk tumbuk muka diorg ni. idk. im sorry but i feel annoyed. and knowing what they did, ya Allah, idk rasa nak cakap je yang buruk buruk, semoga mereka dapat balasan yang setimpal 😌— aisyahhhh (@sadbirdsings) July 7, 2019
Kes ni kena up balik dekt fb...biar bukak mata balik pada masyarakat...supaya masyarakat tahu mereka ni akan dikenakan hukuman apa..sebb dah lama kes ni...tapi senyap mcm tu jela...— ikram (@ah_zfa) July 7, 2019
Sumber : thereporter.my