Wanita dari Vietnam itu baring, sementara doktor berusaha mengeluarkan sejumlah besar parasit berwarna hitam yang 'berenang' di matanya.
Menurut laporan media tempatan, wanita itu kerap mandi dan membasuh pakaiannya di sungai, dan jelas menunjukkan bagaimana parasit itu boleh berada di dalam matanya.
Wanita yang tidak dinamakan itu terdahulu datang ke sebuah klinik pada 2 Julai, mengadu matanya sakit. Selepas diperiksa, doktor menemui parasit menyerupai cacing di dalam matanya.
Klip video menunjukkan doktor mengeluarkan parasit itu dari mata pesakit. Meskipun sudah dikeluarkan, parasit tersebut masih hidup.
Sumber: Daily Mail
Sumber : thereporter.my