(Video) Bayi maut terjatuh dari tangan ibunya ketika bergaduh


Seorang wanita dari Georgia telah didakwa membunuh bayinya berusia tiga bulan ketika bergaduh dengan seorang lagi wanita di luar premis kecantikan. 

Karen Lashun Harrison, 26, didakwa membunuh anaknya sendiri pada 19 Julai lalu di mana pada hari kejadian dia bertengkar dengan seorang wanita sebelum bertukar menjadi pergaduhan menyebabkan mangsa terjatuh di tempat letak kereta. 

Kejadian itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis berhampiran yang menunjukkan Harrisan sebelum itu mengendong mangsa di sebelah tangan kiri. 

Suspek kedua secara tiba-tiba menghayun beg plastik ke arah muka si ibu yang menyebabkannya hilang keseimbangan lalu bayi yang dikendong terlepas dari tangan.


Si ibu tidak mengendahkan keselamatan anaknya terus menerkam wanita terbabit, sementara orang ramai yang menyaksikan kejadian itu segera datang meleraikan mereka dan mengambil mangsa. 

Harrison kemudian membawa bayinya ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Apabila disoal siasat oleh polis, Harrison berbohong kononnya mangsa terjatuh ketika dijaga oleh saudaranya. 

Bagaimanapun, bayi lelaki itu disahkan meninggal dunia tidak beberapa lama kemudian dan laporan bedah siasat masih belum dikeluarkan. 


Ekoran kejadian itu, Harrison ditahan polis untuk siasatan lanjut. 

Polis masih menyiasat motif pergaduhan itu dan wanita yang terbabit dalam kejadian itu juga tidak ditahan. 

Sumber: Daily Mail


Sumber : thereporter.my