'Tergamak kau potong mulut anjing!'


"Hina sangat ke anjing ni dekat mata manusia? Tergamak kau potong dulut dia. Macam mana dia nak makan? Kalau dia ada anak kecil, macam mana dia nak bagi anak-anak dia makan? 

"Ya Allah, dunia ni makin kejam ya Allah. Kau turunkan bala kepada manusia yang aniaya haiwan-haiwan di muka bumi ini," demikian kata netizen yang berang dengan perbuatan kejam individu menganiaya seekor anjing.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di Sabah baru-baru ini dan Persatuan Haiwan Malaysia menawarkan sebuah skuter bernilai RM9,500 kepada individu atau saksi yang dapat mengenalpasti suspek yang melakukan perbuatan kejam itu. 

Presiden Persatuan Haiwan Malaysia, Arie Dwi Andika berkata, pihaknya tidak dapat campur tangan berikutan Sabah dan Sarawak mempunyai enakmen negeri masing-masing. Justeru, pihaknya menggesa mana-mana pertubuhan bukan badan kerajaan (NGO) di Sabah mengambil tindakan tegas terhadap suspek. 

Menurut Arie, anjing itu kini di bawah perlindungan sebuah pertubuhan haiwan di negeri itu, tetapi doktor yang merawat haiwan itu menasihatkan agar anjing itu dimatikan kerana kecederaannya yang agak parah. 

Haiwan itu ditemui oleh penduduk selepas ia datang meminta makanan. Anjing itu dianiaya oleh suspek yang berada di bawah pengaruh alkohol dan bertindak sedemikian kerana suka-suka. 

"Kejadian ini bukan saja zalim, malah melanggar norma manusia. Tindakan itu tidak boleh dijangkau oleh kewarasan akal fikiran. 

"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi talian 011-20901097 (WhatsApp sahaja)." katanya. 



Sumber : thereporter.my