Tular di media sosial baru-baru ini apabila sebuah video yang menunjukkan seekor monyet ditangkap dengan kaki dan tangannya diikat pada buah durian oleh seorang lelaki yang dipercayai pemilik kebun durian tersebut.
Sumber mendakwa monyet tersebut ditangkap dan diperlakukan sedemikian kerana dikatakan telah mencuri buah durian di dusun berkenaan.
Kejadian tersebut berlaku di lokasi yang tidak dikenal pasti dan apa yang menyedihkan ialah tindakan pemilik dusun itu yang menzalimi haiwan tersebut hanya kerana mencuri buah durian.
Video yang tular itu juga memaparkan pemilik kebun itu memarahi haiwan berkenaan kerana berang dengan perbuatan haiwan itu.
Rata-rata netizen di media sosial mengecam tindakan pemilik kebun yang dianggap terlalu menzalimi haiwan tersebut.
Bagaimana pun, ada beberapa individu yang mendakwa perlakuan lelaki di dalam video itu adalah amalan petua yang diamalkan oleh orang-orang dahulu untuk menghalau haiwan.
Katanya, ia bukan untuk menzalimi haiwan tersebut, tetapi lebih kepada amalan petua yang diamalkan oleh orang-orang lama.
Tonton Video Berkenaan Di Awani
Sumber: Awani
Sumber: Oh! Media