Selepas Orca, Paus Sirip Pendek Kini Muncul di Terengganu!


Beberapa paus hampir pupus yang dipanggil sebagai paus sirip pendek atau nama saintifiknya, Globicephala Macrorhynchus muncul dihadapan beberapa orang nelayan yang sedang memancing berhampiran Pulau Perhentian di perairan Besut. Jabatan Perikanan  Malaysia turut berkongsi detik berkenaan di hantaran Facebook mereka.


Nampaknya episod hidupan hampir pupus memunculkan diri di depan manusia di negeri ini masih belum berakhir dengan kehadiran mamalia terancam ini. Sebelum ini rakyat Terengganu dikejutkan dengan kehadiran paus Orca, ikan paus pembunuh di perairan negeri berkenaan. 

Selepas itu, muncul pula kehadiran harimau "jinak" di Dungun yang bertindak menjilat pipi seorang pakcik. Walaubagaimanapun, hayat harimau berkenaan tidak lama selepas dia diserang penyakit sewaktu dikuarantin di pusat kuarantin dekat Sungkai, Perak.

Sumber: Sinar Harian dan Halaman Facebook Jabatan Perikanan Malaysia (DOF)

Sumber: Oh! Media