Hari ini, kami ingin kongsikan sedikit info berkenaan punca yang mungkin boleh menyebabkan internet atau Wi-Fi di rumah perlahan dan tidak sepantas yang kita inginkan. Ini dapat dilihat apabila kebanyakan orang menyedari bahawa kelajuan Wi-Fi di rumah lebih perlahan berbanding tempat-tempat lain. Kita perlu sedar, penggunaan internet di zaman yang serba moden sekarang adalah menjadi keperluan kepada sesetengan orang yang menggunakan internet sebagai sumber hasil mata pencarian mereka. Jadi apa agaknya punca Wi-Fi di rumah 'Slow'?
Apa yang biasa menjadi keluhan pengguna adalah, pasti akan menyalahkan tetapan router atau berpunca dari perkhidmatan yang teruk dari sesebuah syarikat telekomunikasi. Namun, ada punca lain yang menyumbang kepada perlahannya sambungan Wi-Fi seperti bahan binaan rumah dan segala kelengkapan yang ada di dalam rumah.
1. Kaca
Seperti dapat dilihat terhadap reka bentuk rumah masa kini, sering menggunakan kaca sebagai penyeri dan pelengkap untuk menjadikan sesebuah rumah itu lebih menarik dan kelihatan moden. Tetapi ia sebenarnya menyumbang kepada masalah ini kerana gelombang yang dikeluarkan Wi-Fi akan terpantul ketika cuba melalui cermin kaca dan kaca yang berwarna juga memberi kesan kepada prestasi Wi-Fi anda kerana kaca berwarna mempunyai filem metalik yang merupakan penghalang kepada Wi-Fi.2. Jubin Seramik
Ini pula antara yang biasa kita gunakan di bilik aii dan ruangan dapur yang biasnya memang 2 kawasan rumah inilah yang kita selalu hadapi masalah Wi-Fi. Ini berpunca dari bahan yang ada di dalam jubin seramik kerana mempunyai ketumpatan yang tinggi sehingga menjejaskan sambungan internet.3. Dinding Konkrit
Rasanya semua sudah sedia maklum dengan bahan ini kerana semakin tebal dinding konkrit sesebuah rumah, semakin terhalang untuk gelombang menembusinya. Jadi, korang perlu tempatkan router Wi-Fi sebaiknya di kawasan yang terbuka.4. Perabot
Nampaknya penggunaan perabot di dalam rumah juga memberi kesan dan kelembapan internet akan terjadi apabila terdapat perabot yang banyak dan juga bersaiz besar. Jadi menjadi kesilapan kepada korang jika meletakkan router Wi-Fi di dalam kabinet atau di kawasan yang diikelilingi perabot yang besar seperti almari.5. Peralatan Elektronik dan Logam
Peralatan kelengkapan lain seperti mesin basuh, peti sejuk, penghawa dingin, televisyen dan banyak lagi turut menganggu gelombang internet dan ini kerana peralatan logam dan elektronik ini dapat menghalang sambungan anda terus ke peranti yang anda gunakan seperti komputer riba dan juga telefon bimbit.Kena duduk dalam rumah yang kosong?
Jika dilihat kepada semua punca penghalang kepantasan internet Wi-Fi di atas, nampaknya terpaksalah kita duduk di dalam rumah yang kosong tanpa sebarang kelengkapan lain. Namun, walaupun internet diperlukan, tetapi semua kelengkapan ini juga amat kita perlukan untuk menjalankan kehidupan seharian. Oleh itu, apa yang boleh korang lakukan adalah, untuk memastikan router diletakkan di tempat yang sangat baik tanpa sebarang gangguan dan kami syorkan untuk anda sediakan ruang khas untuk anda melayari internet dengan kepantasan maksimum.Sumber: Free Wifi Hotspot
+ Baca respon pembaca di Oh! Media.
Sumber: Oh! Media