Datuk Seri Najib Razak tidak kelihatan di Istiadat Pertabalan YDP Agong?
Sumber mendapati terdapat sedikit kekecohan apabila anggota keluarga diraja mendapati tempat duduk DSNR telah diubah ke bahagian belakang.
Pihak Istana tidak senang dengan keputusan tersebut kerana terdapat campur tangan politik dan menegaskan susunan kerusi itu hendaklah dibuat selaras dengan protokol yang diwartakan kerajaan.
Tempat duduk disusun semula dan ia tidak disentuh sehingga pukul 7 pagi ketika pegawai Pejabat Perdana Menteri (PMO) masuk.
Pegawai itu meminta kerusi DSNR dipindahkan dan ditempatkan di barisan Orang Besar Pahang, sebagai Dato Shahbandar dari Pahang.
Perubahan susunan kerusi hanya dimaklumkan kepada pihak DSNR pada saat-saat akhir awal pagi tadi.
Masa terlalu singkat untuk DSNR menyediakan pakaian rasmi Orang Besar Pahang kerana pakaian dan orang yang biasa membantu beliau bersiap dalam pakaian rasmi tersebut didatangkan khas dari Pekan, walhal DSNR perlu tiba di Istana tepat pada 8.30 pagi.
Orang biasa mungkin tidak menghargainya, tetapi di Istana, DSNR dijangka menghormati dan mematuhi protokol kod pakaian.
Menurut sumber, Istana enggan berkompromi dengan perubahan saat akhir yang tidak menghormati keputusan Istana.
Manakala pegawai PMO mengancam bahawa Tun M tidak akan menghadiri Istiadat Pertabalan ini jika kerusi DSNR diletakkan sebaris dengannya.
Akhirnya DSNR mengalah kerana tidak mahu upacara besar ini tertangguh disebabkan nafsu sesetengah manusia.
Sejijik-jijiknya manusia, itulah kamu!
Sumber: Melissa Marco
Sumber: myterengganu.com