Safiey Ilias Cederakan Instafamous Sampai Parah? Biar Betul!?


Sis dengar kes Safiey Ilias terlibat dengan satu kes pada bulan Januari tahun lalu up balik yang menyebabkan anak orang itu cedera parah. Apa ni bang Safiey? Tak baik pukul perempuan sampai macam tu sekali tau.

Sebenarnya bang Safiey ni masih tak nak mengaku salah sebab dah buat anak orang tu cedera parah gais tetapi tak tahulah sebab apa kan sampai budak tu kena lanyak hahahaha.

Walau bagaimanapun, selepas pertuduhan dia dibacakan, barulah bang Safiey mengaku kesalahannya. Ish ish ish. Kalau korang nak tahu, nama budak yang dia pukul tu adalah dikenali sebagai Baby Ara atau nama penuhnya, Farahnazikha Karab Hussain.



Kejadian tu berlaku pada 15 Januari tahun lepas pada pukul 1.30 pagi di sebuah kedai makan yang terletak di Kuala Lumpur. Kes ni adalah di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 7 tahun dan denda kalau bang Safiey memang bersalah.

Sebenarnya kalau diikutkan, jaminan sememangnya sebanyak RM10,000 tetapi bang Safiey merayu supaya jumlahnya dikurangkan atas alasan dia dah beri kerjasama sepanjang kes ni berlaku.

Walau bagaimanapun, pihak Mahkamah bagi bang Safiey diikat jamin sebanyak RM5,000 dan kemungkinan kes ini akan disebut semula pada 4 September ini. Apapun, lepas ni bang Safiey jangan buat hal lagi ya? Semoga beristiqomah dan berubah ke jalan yang baik.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Oh! Makan













Sumber: Oh! Media