Seorang wanita mengadu dalam satu hantaran di Facebook berkenaan dikenakan bayaran RM937 untuk 2 biji durian jenis “Black Thorn” dan sebiji durian jenis “Musang King”.
Timbalan Pengarah KPDNHEP di Pulau Pinang, Chin Ching Chung berkata, siasatan dijalankan mendapati tiada unsur penipuan seperti yang dilapor wanita berkenaan.
Menurut penjaja berkenaan, mendakwa wanita itu ke gerai itu meminta “durian paling besar dan paling sedap. Setelah mengambil kira bayaran pekerja, bil utiliti serta lain-lain kos yang ditanggung penjaja. Harga yang patut dibayar oleh wanita berkenaan adalah munasabah.
Bagaimanapun penjaja berkenaan tetap dikenakan kompaun sebanyak Rm2,000 kerana mempamerkan tanda harga yang mengelirukan pembeli.
Sumber: New Malaysia Post
Sumber: Oh! Media