Seorang penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Dungun, Terengganu mendakwa digoda secara seksual di tangan seorang pensyarah. Pendidik yang berusia 50-an itu turut didakwa menawarkan perkhidmatan 'Sugar Daddy' (lelaki kaya menyara wanita) kepada gadis tersebut.
Suspek dikatakan mengajak mangsa berusia 19 tahun ke biliknya sebelum bercerita tentang perkhidmatan 'Sugar Daddy' yang ditawarkan pada 23 Jun lalu. Suspek turut memaklumkan akan membayar RM500 setiap bulan sebagai bayaran sekiranya bersetuju dengan tawarannya.
Enggan pasrah dengan nafsu lelaki setengah abad itu, mangsa mendakwa telah menolak tawaran itu dan segera keluar dari biliknya sebelum suspek tiba-tiba bertindak memegang bahu dan cuba mencium mangsa. Gadis itu bagaimanapun berjaya mengelak sebelum segera keluar dari bilik berkenaan dan terus membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun pada 24 Jun.
Sumber:Awani
Sumber: Oh! Media