Ohmedia pun dah tak ingat berapa kali agaknya kita baca episod pembukaan taman tema Genting Highland ni. Jadi diharapkan kali ini ia benar-benar akan dibuka. Untuk korang yang mungkin terlepas episod ni, Genting Malaysia Bhd bakal menjadi taman tema pertama di Asia yang menggunakan hak intelek Twenty First Century Fox Inc, namun ada beberapa masalah yang telah berlaku di antara Twenty Fox dan The Walt Disney Company sehingga menyebabkan perjanjian ini terganggu.
Berita baiknya adalah, Genting Malaysia mendakwa semua pertikaian ini telahpun berakhir dimana semua pihak bersetuju untuk menolak semua tuntutan sebelum ini.
Jadi, bolehlah kita lihat pembukaan taman tema ini dan Ohmedia harapkan ianya dapat dibuka pada tahun hadapan 2020. Ini setelah, penganalisis Hong Leong Investment Bank (HLIB), Racheal Hong Hui Chee berkata, taman tema itu akan dibuka dan beroperasi lebih awal daripada yang dijangkakan.
Kami merasakan bahawa taman tema terbuka itu hampir siap dan menjangkakan ia mampu dilancarkan sekitar 2020. Ini dapat dilihat daripada iklan pengambilan pekerja yang dilihat di beberapa akhbar tempatan sejak minggu lalu, katanya dalam satu nota.
Kesimpulannya, untuk korang yang mungkin dari jauh dan bercadang hendak bercuti ke Genting Highland tu, bolehlah cuba bersabar sedikit lagi. Bukan apa, kita ni kalau pergi bercuti, mestilah nak merasai semua yang menarik dekat situ kan. Harapnya tak tetangguh lagi la taman teman ni.
Sumber: Oh! Media