Pasukan CSGO Wanita Negara "Orange Sphynx" Kini Nombor 1 Di Malaysia



Pasukan Counter-Strike: Global Offensive (CSGO) wanita tanah air Orange Sphynx kini berada di ranking nombor satu tanah air. Menurut kiraan ranking HLTV.org, Orange Sphynx yang kini mengumpul 3 mata setakat ini berada di hadapan pasukan Frost Fire dan VG.Anthrax yang masing-masing mengutip 2 mata.

Menerusi ranking tersebut, Orange Sphynx sekali gus mencatatkan sejarah tersendiri apabila menjadi pasukan e-sukan wanita pertama untuk berada di kedudukan pertama. Orange Sphynx yang sebelum ini dikenali sebagai Sphynx, ditubuhkan pada November 2017.Ia terdiri daripada gabungan pemain veteran dan pemain-pemain muda yang berbakat besar:




Kapten – Ramona Azween (GFi#)
Aisya Sabrina Binti Sabri (Argent)
Iffah Nazurah Saidi (3ve)
Jasmine Christina Sim Huiyan (Jazminism)
Shanice Choo Xin Ru (Alaska)

Pada awal Mac lalu, mereka memenangi kejohanan peringkat Asia Tenggara, Rise of Legion CSGO: Lady (Online) dan pada akhir Januari lalu pula mereka berjaya ke peringkat suku akhir Kejohanan Intel Challenge IEM bagi kelayakan Asia. Sementara itu pada tahun lepas, Orange Sphynx berjaya mewakili Malaysia dan menyumbangkan pingat gangsa untuk negara bagi Kejohanan Dunia Sukan Elektronik (WESG) Peringkat Asia Tenggara.

Sumber: WTM




Sumber: Oh! Media