Cuba korang buka aplikasi play store dan lihat di dalamnya, apa sahaja aplikasi yang kita mahukan pasti akan dapat dijumpai dan dimiliki dengan mudah. Ada yang berbayar dan banyak juga yang boleh didapatkan secara percuma. Tapi korang sedar tak, yang dalam banyak-banyak aplikasi tersebut, ada banyak juga yang mendedahkan kita kepada risiko baru.
Ohmedia maksudkan adalah, berdasarkan laporan yang dikongsikan Polis Diraja Malaysia di laman Facebook rasmi mereka, kita sebagai pengguna semakin mudah terdedah dengan ancaman seperti tidak lagi mempunyai ruang peribadi apabila semua data maklumat pengguna mampu diakses secara online. Ini mampu membahayakan diri kita kerana semua data diambil oleh mereka dan ianya boleh digunakan bagi memperdayakan mangsa.
Apa agaknya data mudah yang mampu dimiliki mereka? Antara data sensitif yang seharusnya kita jaga adalah, lokasi kediaman, maklumat perbankan, gambar, nombor kad pengenalan atau tarikh lahir dan banyak lagi maklumat peribadi yang berkaitan.
Jadi ini kami kongsikan apa yang dikeluarkan oleh PDRM agar membuang dengan segera 7 aplikasi ini jika ianya ada di dalam telefon pintar kita. Aplikasi berkenaan adalah ‘Track Employees Check Work Phone Online Spy Free’, ‘Spy Kids Tracker’, ‘Phone Cell Tracker’, ‘Mobile Tracking’, ‘Spy Tracker’, ‘SMS Tracker dan ‘Employee Work Spy’.
Kesemua aplikasi itu mampu menjejak dan menghantar data lokasi pengguna selain log panggilan, senarai nombor telefon, mesej teks dan sejarah panggilan yang dibuat.
Jadi, Ohmedia sarankan korang janganlah memuat naik sebarang aplikasi yang tidak sah dan meragukan. Apatah lagi aplikasi yang memerlukan kita memasukkan banyak maklumat peribadi. Korang bayangkan, kalau orang tak kenal datang tanya banyak soalan peribadi pun kita takkan layan, tapi dengan aplikasi asing, kita dengan rela hati menaip dan memberikan maklumat secara lengkap. Sebarkan maklumat ini supaya maklumat peribadi kita dan orang sekeliling terjamin.
Sumber: Facebook Polis Diraja Malaysia
+ Baca respon pembaca di Oh! Media.
Oh! Makan
Sumber: Oh! Media