Pengeluar kad grafik terkemuka, Nvidia dijangka mengeluarkan varian baharu untuk generasi RTX siri 2000 dengan memperkenalkan kod nama ‘Super’.
Pengumuman rasmi berhubung siri kad grafik Nvidia RTX Super ini sepatutnya dilakukan pada awal minggu ini termasuk spesifikasi kad dan kelebihan kad grafik yang menggunakan kod nama Super berkenaan.
Berdasarkan beberapa imej yang tertiris di Internet menunjukkan bahawa dua siri iaitu RTX 2070 dan RTX 2060 bakal menerima varian baru daripada kod nama super ini.
Maklumat yang tertiris di Internet juga menyatakan kad grafik varian baru itu akan mula berada di pasaran pada minggu depan manakala untuk varian Nvidia GeForce RTX 2080 Super pula akan mula memasuki pasaran pada 23 Julai ini.
Menerusi tanda harga pula, ketiga-tiga kad grafik ini akan ditawarkan dalam harga premium iaitu RTX 2080 Super dianggarkan berharga RM2,800, RTX 2070 (RM2,000) dan RTX 2060 (RM1,600).
Pelancaran kad grafik varian baru itu akan memperkuatkan dominasi perkongsian pasaran Nvidia bagi segmen berkenaan dan memberi lebih pilihan kepada pengguna.
Namun, pelancaran kad grafik baru itu memberikan beberapa keadaan kepada pengguna dan pasaran sama ada akan berlaku penurunan harga bagi kad sebelum ini menjadikan ia lebih mampu milik.
Teori lain yang sedang hangat dibincangkan adalah harga untuk varian Super ini akan ditawarkan dengan dua atau tiga kali ganda manakala kad grafik sebelum ini tidak mengalami sebarang penurunan harga.
Sumber: MyMetro
Sumber: Oh! Media