Bagi mengelakkan berlakunya ketegangan baharu diantara Palestin dan Israel, pihak berkuasa keselamatan Mesir dikatakan telah melakukan beberapa rundingan bersama pemim[in Palestin.
Rundingan dari Mesir itu diketuai Timbalan Ketua Perisikan Ayman Badie dan pegerakan Hamas turut telah menyatakan bahawa perbincangan itu turut melibatkan rundingan 'persefahaman dengan musuh' dan rujukan kepada genjatan senjata rapuh.
Ketegangan baharu dibimbangi meletus selepas tentera Zionis menembak mati ejen keselamatan Hamas pada Khamis di sepanjang sempadan dengan Semenanjung Gaza, menyebabkan pergerakan itu berikrar untuk membalas dendam.
Israel kemudian memberi isyarat, ia tersilap melepaskan tembakan, mengatakan siasatan awal menunjukkan tentera Zionis tersilap menyangka seorang ejen keselamatan Hamas sebagai ‘pejuang bersenjata dan melepaskan tembakan.
Pada malam Jumaat lalu, tentera Zionis berkata, dua roket dilepaskan dari Semenanjung Gaza ke dalam Israel.
Awal hari sama, sekurang-kurangnya 33 penduduk Palestin cedera ditembak tentera Zionis ketika bantahan mingguan dan pertembungan di sepanjang sempadan Gaza-Israel, menurut Kementerian Kesihatan Hamas.
+ Baca respon pembaca di Oh! Media.
Oh! Makan
Sumber: Oh! Media