Berdasarkan perkongsian Nur Syuhada, bukan kakaknya sahaja yang menjadi mangsa, malah sudah ramai yang terkena dan mengalami kerugian dalam bentuk wang dan barang kemas serta beberapa barangan mahal seperti telefon bimbit.
Siapa ada nampak budak ni dekat mana or kenal, boleh bagitahu ye. Dia bawak lari duit rumah sewa akak saya. pic.twitter.com/E52rySCgwG— Nur Syuhada (@syhdrhm) July 8, 2019
Namun, bantuan yang diberikan itu pula dibalas dengan pengkhianatan membuatkan pemilik rumah sewa tiada pilihan lalu membuat laporan polis.
"Ini drama dia, memamng tak tipu budaknya lembut dan kecil. Sebab saya yang uruskan masa hari pertama dia masuk bilik sewa. Kakak pada waktu itu outstation. Memang tak jangka dia akan buat macam ni," katanya.
Beberapa individu yang pernah menjadi mangsa turut tampil mendedahkan kejadian yang menimpa mereka.
Sumber : thereporter.my