Gempar di media sosial semalam dengan penularan video "dashcam" berdurasi 44 saat, memaparkan sebuah kereta berjenama Toyota Vios yang bertindak melanggar lalu menyeret penungggang motosikal yang terjatuh. Kejadian berkenaan berlakau di Johor Bharu.
Berdasarkan rakaman berkenaan, kereta tersebut dilihat terburu-buru cuba memasuki simpang yang berada disebelah kiri secara mengejut. Tindakan kereta berkenaan menyebabkan seorang penunggang motosikal dilanggar dan diseret setelah terjatuh.
Hantaran yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook, Ezam Jb Zk telah mendapat hampir 900 rekasi dan 12, 000 perkongsian. Hantaran berkenaan mengundang pelbagai reaksi pengguna laman sosial Facebook khususnya.
Sumber: New Malaysian Post dan Pengguna Facebook Ezam Jb Zk
Sumber: Oh! Media