Kerana 'Bubble Tea', Kereta Di Tampal Puluhan Tuala Wanita!


Pernah tak korang tersekat di atas jalan raya hanya kerana terdapat kenderaan yang sesuka hati diletakkan pemandunya di merata-rata tempat? Semestinya ia menjadi kebiasaan jika korang tingal di kawasan bandar, ini kerana memang kebanyakan masyarakat hari ini mempunyai tabiat mementingkan diri sendiri dengan meletakkan kenderaan di tempat yang tidak sepatutnya.

Di Hanoi, Vietnam, menurut laporan portal China Press, seorang pemandu kereta Maserati berwarna merah menerima 'padah' selepas dirinya meletakkan kereta yang bernilai hampir setengah juta itu di tempat yang menghalang lalu lintas.

Namun, apa yang lebih meningkatkan kemarahan penduduk di situ, kereta mewah itu dipercayai milik salah seorang pelanggan yang singgah di kedai minuman ‘boba’ atau 'bubble tea' di kawasan berkenaan.


Ekoran itu, seorang daripada pengguna jalan raya yang berasa berang di situ bertindak melekatkan puluhan tuala wanita dari ruangan bumper hinggalah ke permukaan cermin model Maserati Levante itu, sebagai pengajaran kepada pemandu tersebut.

Sebaik sahaja pemilik kereta itu kembali ke keretanya, dia berusaha keras untuk mencabut tuala wanita tersebut daripada kereta, tetapi gagal kerana gamnya sangat kuat.

Dengan perasaan malu, lelaki tersebut terus memandu pergi meningggalkan kawasan tersebut dengan keadaan keretanya yang masih dilitupi dengan puluhan tuala wanita tersebut.

Dipercayai, penduduk kawasan tersebut mengadu bahawa keadaan trafik telah memburuk akibat pembukaan kedai ‘boba’ yang wujud seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

“Ramai orang memandu ke sini untuk mendapatkan minuman harian mereka, jadi mereka meletakkan kenderaan mereka di jalan-jalan berdekatan sehingga menyebabkan kesesakan yang teruk,” ujar salah seorang penduduk di situ.

Beberapa orang yang tidak bertanggungjawab juga ada yang memarkir kenderaan mereka di persimpangan jalan dan menghalang ramai pengguna jalan raya melalui jalan itu.

Sumber: Awani


Sumber: Oh! Media