Jenis Anjing Yang Boleh Dibunuh


Soalan:
Di tempat saya tinggal ada banyak anjing yang tidak bertuan yang biasanya akan keluar berkeliaran ketika waktu malam. Kadang-kadang rasa bimbang kalau ia menggigit orang yang lalu lalang. Apakah harus dibunuh akan anjing-anjing tersebut?

Jawapan:
Berkata Imam Nawawi:

"الكلب العقور والكَلِب [الذي فيه داء الكلب] يُقتلان للحديث الصحيح أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: (خمس يقتلن في الحلّ والحرم، منها الكلب العقور)، قال أصحابنا: وإن لم يكن الكلب عقوراً ولا كَلِباً، لم يجز قتله، سواء كان فيه منفعة أم لا، وسواء كان أسود أم لا، وهذا كله لا خلاف فيه بين أصحابنا، قال إمام الحرمين: الأمر بقتل الكلب الأسود وغيره كله منسوخ، فلا يحل قتل شيء منها اليوم لا الأسود ولا غيره إلا الكَلِبُ والعقور" [المجموع 9/ 235].

Bermula anjing yang menggigit dan anjing gila (yang berpenyakit) maka harus dibunuh akan keduanya kerana hadith yang sahih sungguhnya Rasulullah saw bersabda:

خمس يقتلن في الحلّ والحرم، منها الكلب العقور
“Lima jenis haiwan diharuskan bunuh samada ketika halal atau ketika haram. Setengahnya darinya ialah anjing yang menggigit.”

Berkata ulama’ kami: “Dan jikalau anjing itu bukan anjing yang menggigit dan bukan pula anjing gila nescaya tidak harus membunuhnya. Samada anjing itu ada padanya kegunaan atau tiada dan samada anjing yang hitam atau lainnya. Ini semua tiada perselisihan padanya antara ulama’-ulama’ kami.”

Berkata Imam Al-Haramain: “Perintah membenarkan bunuh anjing hitam dan lainnya telah dimansuhkan. Maka tidak halal membunuh suatu darinya sekarang samada anjing hitam atau lainnya kecuali anjing yang menggigit.”

[Rujuk: Kitab Al-Majmu’, juz 9, m.s. 235]

Wallahua’lam.

+ Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Makan


Sumber: Oh! Media