Berang ajakan untuk melakukan hubungan intim ditolak, wanita ini bertindak mengerat zakar suaminya.
Dalam kejadian yang berlaku di utara Uganda, pada 30 Jun lalu, mangsa yang bekerja sebagai petani, Moses Okot, 46, berkata, sebelum kejadian itu dia sedang tidur.
Secara tiba-tiba suspek menyerangnya sehingga menyebabkan seluar yang dipakainya berlumuran darah dan suspek terus melarikan diri.
Difahamkan, ini bukan pertama kali suspek menggunakan kekerasan terhadap suaminya dan pernah menyebabkan mangsa patah tulang selangka ketika mereka bergaduh.
Mangsa membuat laporan polis terhadap isterinya sebelum dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Moses percaya, isterinya, Beatrice Acen, 35, menyerangnya kerana menolak ajakan untuk melakukan hubungan intim.
Namun Moses mempunyai alasannya berbuat demikian kerana mahu menghukum Beatrice yang ketagihan alkohol melampau.
"Sebagai lelaki, saya tidak lagi akan bertolak ansur. Jadi, saya enggan menuruti kemahuannya dengan harapan dia akan berubah," katanya.
Sumber: Agensi, Sinar Harian
Sumber : thereporter.my