Issey Tak Sempat Bawa Ibu Tunai Umrah


Inalillahiwainnalillahirojiun. Salam takziah kepada penyampai radio Suria FM, Issey Fazlisham kerana ibunya kembali ke rahmatullah kira-kira jam 3.40 petang semalam akibat sakit jantung pada usia 52 tahun. Sis dapat tahu berita sedih ni dekat laman Instagramnya. "Ibu saya baru meninggal dunia 3.40 petang tadi...Al-Fatihah Asiah Binti Haron," tulisnya.

Issey juga upload di Insta Story dia dan memberitahu pengikutnya yang sebelum ini ibu dia dah kena tahan 3 hari di wad Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan disebabkan demam dan tekanan darah rendah. Sekitar 9.30 pagi semalam ibunya kena major heart attack dan meninggal dunia beberapa jam kemudian.

"Jenazah Ma dikebumikan malam ini selepas Isyak, di Batu 11, Ketereh, Terengganu. Kampung Ma. Ma dah pergi. Aku sempat jumpa Ma tapi dalam keadaan Ma tak sedar. Tek minta maaf, tak sempat bawa Ma tunai umrah hujung tahun ini," katanya.

Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan semoga Issey tabah menghadapi ujian dan dugaan ini. So, korang kena lah menghargai ibu bapa korang. Kita tak tahu bila diaorang pergi buat selama-lamanya. Sayangilah mereka.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Oh! Makan




Sumber: Oh! Media