Hukum Tidur Meniarap


Soalan:
Apakah hukumnya ketika hendak tidur kita tidur dalam keadaan meniarap?

Jawapan:
Tidur dalam keadaan meniarap tanpa keperluan apa-apa adalah makruh hukumnya.

Rasulullah saw bersabda :

إِنَّ هَذِهِ ضِجْعَةٌ يُبْغِضُهَا الله
“Sungguhnya tidur meniarap itu tidak disukai oleh Allah.” (Hadith riwayat Abu Daud)


Berkata Syeikh Khatib As-Syarbini :

الرجل إذا "نام منبطحًا؛ فإنها ضجعة يُبغضها الل
“Seorang lelaki apabila tidur ia dalam keadaan meniarap maka sungguhnya ia tidur yang tidak menyukainya oleh Allah.” (Mughni Muhtaj : 1/309)

Disunatkan tidur seseorang itu dengan berbaring atas rusuk yang kanan kerana sabda Nabi saw :

إِذَا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ فَتَوَضَّأْ وَضُوءَكَ لِلصَّلَاةِ، ثُمَّ اضْطَجِعْ عَلَى شِقِّكَ الْأَيْمَنِ
“Apabila kamu hendak tidur maka ambillah wudhu’ seperti wudhu’ kamu hendak sembahyang kemudian berbaring atas rusuk kamu yang kanan.” (Hadith riwayat Bukhari & Muslim)


Tersebut pada fatwa mufti negeri Oman :

وتُشير بعض البحوث الطبية إلى أن النوم على البطن له أضرار صحية على الكلى والجهاز التنفسي.
هذا في حق من يتعمَّد هذه النومة لغير سبب، أما النائم فهو غير مؤاخذ؛ لأن التكليف مرفوع عن النائم حتى يستيقظ، كما أن المريض إذا احتاج إلى هذه النومة فلا حرج عليه في ذلك؛ إذا الضرورات تُبيح المحظورات.
“Telah mengisyaratkan sebahagian perbahasan kesihatan kepada bahawa tidur meniarap itu ada beberapa kemudharatan dari segi kesihatan secara keseluruhan dan berkaitan dengan masalah pernafasan.

Ini adalah pada hak orang yang sengaja tidur meniarap tanpa sebab. Adapun yang sedang tidur maka tidak diambil kira kerana tidak dikenakan taklif syarak ke atas orang yang sedang tidur sehinggalah jaga ia. Sebagaimana bahawasanya orang yang sakit apabila berhajat kepada tidur meniarap maka tidak menjadi kesalahan atasnya pada yang demikian itu kerana apabila darurah maka diharuskan apa yang asalnya dilarang.”

Wallahua’lam.

+ Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Makan


Sumber: Oh! Media