Soalan:
Ada seorang ustaz yang memberi ceramah di surau kami mengatakan tidak sah dan haram solat di masjid yang ada kubur disitu. Mohon penjelasan adakah benar perkataan beliau?
Jawapan:
Hukum solat di masjid yang ada kubur adalah sah dan tidak menjadi kesalahan.
Berkata Imam Muzani As-Syafie :
وإن صلى فوق قبر، أو إلى جنبه ولم ينبش أجزأه
“Dan jikalau solat seorang di atas kubur atau ditepinya dan bukan kubur yang digali maka sah ia.” (Kitab Mukhtasar Muzani)
Ulama’ hanya memakruhkan solat mengadap ke arah kubur jika antara masjid dan kubur itu tidak ada dinding.
Berkata Imam Nawawi:
قال الشافعي والأصحاب، وتكره الصلاة إلى القبور، سواءً كان الميت صالحاً أو غيره
“Telah berkata Imam Syafie dan ashab dimakruhkan solat mengadap kepada kubur samada kubur orang solih atau lainnya.” (Kitab Al-Majmu’)
Yang dimaksudkan dengan makruh disini ialah apabila antara masjid tempat solat itu dan kubur tidak mempunyai dinding dan kubur itu berada di arah kiblat. Adapun jika ada dinding antara keduanya maka tidaklah makruh.
Berkata Mufti Oman:
ليس من شروط الصلاة الصحيحة المجزئة أن لا تكون عند قبر، فالصلاة عند القبر صحيحة مجزئة بلا كراهة، وجائزة مع الكراهة إذا كان القبر في جهة الصلاة من غير ساتر بين المصلي والقبر
والذي نراه في مقامات الأنبياء عليهم الصلاة والسلام وأضرحة الصحابة رضوان الله عنهم، أن القبور غالباً مستقلة عن مكان الصلاة، بل تفصل القبور في غرف وتوضع ضمن جدر، فالمساجد على ذلك ليست على المقابر ولا فيها، بل بجوارها، فلا حرج في الصلاة فيها في هذه الحالة، بل حتى لو كان بناء المسجد واقعا في الكراهة كأن بني على قبر، فهذا لا يعني حرمة الصلاة في هذه المساجد، ولا بطلانها، ولم نجد أياً من فقهاء المذاهب الأربعة وغيرهم من يفتى بحرمة الصلاة فيها.
“Bukan daripada syarat sah solat bahawa tidak solat dekat kubur. Bahkan sah solat dekat kubur dan memadai tanpa makruh. Harus solat dekat kubur yang makruh itu ialah apabila kubur itu berada di arah kiblat dan tidak ada dinding antara tempat solat dan kubur.
Dan yang kami lihat ialah segala makam para Nabi a.s dan kubur para sahabat r.a kedudukkannya berasingan daripada tempat solat bahkan terpisah kuburan tersebut dengan dinding. Maka segala masjid atas keadaan sebegini bukanlah terhitung di atas kubur atau pada kuburan bahkan hanyalah bersebelahnnya sahaja.
Maka tidak ada salahnya solat di masjid begini pada keadaan seperti ini. Bahkan andainya dibina masjid di atas kubur masih lagi tidak dihukumkan haram solat di dalamnya dan tidak membatalkan solat. Tidak kami dapati seorang jua pun fuqahak mazhab yang empat atau lainnya memberi fatwa dengan haram solat di dalam masjid yang berkeadaan begini.”
Wallahua’lam.
+ Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Oh! Makan
Sumber: Oh! Media