Hukum Orang Yang Mengharuskan Dedah Aurat


Soalan:
Apakah hukumnya perkataan sesetengah orang yang mengaku Islam pada masa ini yang berkata bahawa tidak mengapa orang perempuan tidak menutup aurat?

Jawapan:
Menutup aurat adalah wajib dengan nas al-Quran dan hadith dan ijma’ sekalian orang Islam. Siapa yang mengatakan menutup aurat tidak wajib atau mengharuskan mendedahkan aurat maka dia telah melakukan perbuatan riddah dan jadilah ia seorang murtad.

Murtad adalah kafir yang paling keji dari segala jenis kafir.

Berkata Dr Wahbah Zuhaili:

والخلاصة: للردة أسباب ثلاثة كبرى وهي:
1 - إنكار حكم مجمع عليه في الإسلام، كإنكار وجوب الصلاة والصوم والزكاة والحج، وإنكار تحريم الخمر والربا وكون القرآن كلام الله.
2 - فعل بعض أفعال الكفار: كإلقاء مصحف في قاذورة متعمداً، وكذلك إلقاء كتب التفسير والحديث، وكالسجود لصنم وممارسة بعض عبادات الكفار أو خصائصهم في اللباس والشراب.
3 - التحلل من الإسلام بسب الإله أو سب نبي أو سب الدين، أو استباحة تعري المرأة ومنع الحجاب.

Bagi riddah itu ada tiga sebab yang utama.

1. Ingkarkan akan hukum yang diijma’kan atasnya di dalam Islam seperti ingkarkan wajib solat, puasa, zakat dan haji. Dan ingkarkan haramnya arak dan riba dan ingkarkan keadaan al-Quran itu kalam Allah.

2. Melakukan setengah dari perbuatan orang kafir seperti melemparkan al-Quran pada tempat yang kotor dalam keadaan sengaja. Dan begitu juga melemparkan kitab-kitab tafsir dan hadith. Dan seperti sujud kepada berhala dan menyertai acara ibadat orang kafir atau memakai pakaian atau meminum suatu yang tertentu dengan orang kafir.

3. Melepaskan diri dari Islam seperti menghina Tuhan atau menghina Nabi atau menghina agama atau mengharuskan perempuan membuka aurat atau menghalang tutup aurat.

(Kitab Al-Fiqh Al-Islami 7/5577)

Dari kenyataan ini terjawab sudah bahawasanya orang yang menghalalkan kaum wanita membuka aurat sebagaimana dalam soalan adalah melakukan perbuatan riddah dan jadilah dia kafir murtad. Wal’iyazabillah.

Walahua’lam.

+ Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Makan


Sumber: Oh! Media