Soalan:
Adakah harus membunuh katak?
Jawapan:
Maka sesungguhnya telah sah daripada Rasulullah saw melarang membunuh katak sekira-kira meriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud dan Nasaaie daripada hadith Abdul Rahman bin Uthman Al-Qurasyi r.a bahawasanya seorang tabib bertanyakan Nabi saw tentang membunuh katak. Maka Nabi saw telang melarang dari membunuhnya.
Telah meriwayatkan oleh Baihaqi daripada Abdullah bin 'Amr Al-'Ash r.a. hadith mauquf:
لا تقتلوا الضفادع فإن نقيقها تسبيح
“Jangan kamu bunuh akan katak kerana sungguhnya suaranya itu adalah tasbih.”
Berkata Imam Baihaqi sanadnya adalah sahih.
Berkata Imam Al-Hafiz: “Dan walau sanadnya sahih tetapi Abdullah bin 'Amr telah mengambil daripada Israiliyat.”
Berkata Imam San'ani:
والحديث دليل على تحريم قتل الضفادع".
“Bermula hadith ini menjadi dalil atas diharamkan membunuh katak.”
Dan atasnya maka saya menasihati supaya lakukan perkara yang menjadikannya keluar dari rumah kamu tanpa membunuhnya.
Ada pun jika ia mendatangkan mudarat maka boleh membunuhnya kerana menolak kemudaratan dari kerana kehormatan seorang Islam itu lebih besar di sisi Allah dari kehormatan seekor haiwan. Wallahua'lam.
[Syeikh Abdul Hayy Yusuf | Majlis Fatwa Sudan]
Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Oh! Makan
Sumber: Oh! Media