Mas kahwin RM200 jadi RM2 akibat pengantin lelaki tersasul semasa terima akad nikah di hadapan tok kadi. Itu mungkin pengalaman yang boleh disimpan sebagai satu memori paling manis bagi pengantin perempuan, Nora Abd Kader, 27, dan suaminya, Mohd Haris Mahat, 28. Video itu dimuat naik oleh pengantin perempuan sendiri di Facebook miliknya Ungu Violet semalam.
Berdasarkan petikan dari Sinar Harian, pengantin perempuan menyedari suaminya itu mungkin bersedih kerana ibu mertua tidak dapat hadir kerana kurang sihat. Namun dia bersyukur kerana majlis tersebut berjalan lancar dan minggu ini majlis di pihak lelaki pula.
Sumber: Sinar Harian
Sumber: Oh! Media