DUNGUN – Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang sebelum ini ditangguhkan, akan dilancarkan semula hari ini oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook di Tapak Terowong Dungun, Rimba Bandar Bukit Bauk, di sini.
Majlis pelancaran yang dijadual bermula 11 pagi nanti akan turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Anthony Loke sebelum ini dilaporkan berkata, pelancaran semula ECRL hari ini bakal mewujudkan fungsi dan skop yang lebih besar untuk syarikat tempatan memainkan peranan secara aktif dalam projek itu.
Pembinaan projek ECRL yang siap 15 peratus ditangguhkan sejak Julai tahun lalu dan hasil rundingan kerajaan bersama pihak pemaju mengenai kos projek serta aspek pelaksanaannya, Fasa I dan II projek berkenaan kini berharga RM44 bilion, berbanding RM65.5 bilion sebelum ini.
Projek itu kini bermula dari Kota Bahru melalui Mentakab, Jelebu, Kuala Kelawang, Bangi/Kajang, Putrajaya dan berakhir di Pelabuhan Klang sejauh 648 kilomter (km), dipendekkan 40 km daripada laluan asal sejauh 688 km. – BERNAMA
Sumber: myterengganu.com