Datuk Seri Vida Mohon Maaf Kepada Aishah


Jutawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida semalam membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penyanyi, Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah. Ia berhubung kontroversi berlian palsu yang tercetus antara dua personaliti ternama tanah air itu.

Vida, 46 tahun, membacakan permohonan maaf itu di kediamannya di Ipoh pada Sabtu seperti yang termaktub dalam keputusan bersama sewaktu sesi mediasi yang berlangsung di Mahkamah Sesyen Sivil 11 Kuala Lumpur, 1 Julai lalu.

"Saya, Datuk Seri Vida secara terbuka memohon maaf kepada Wan Aishah Binti Wan Ariffin atas representasi salah terhadap hadiah barang kemas tambahan Gegar Vaganza 4. Semoga apa yang saya buat ini memberi kegembiraan kepada mereka yang menerima dan mereka yang menantikan keputusan daripada dulu sampailah sekarang, dah setahun lebih.

"Di sini saya ingatkan tiada istilah kalah menang tapi atas persetujuan bersama lahirlah tiga keputusan yang saya rasa walaupun nampak macam tak kisah tapi bagi saya dengan hati yang ikhlas dan rela," katanya.

Terdahulu, Aishah telah mengadakan sidang akhbar memaklumkan bahawa Vida akan membayar harga barang kemas yang dipilihnya berjumlah RM80,000 dan membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap dirinya sebelum atau pada 17 Julai ini. Ia susulan kemenangan Aishah dalam program realiti Gegar Vaganza 4 yang mendakwa Vida memberi hadiah kemenangan tempat pertamanya seutas gelang palsu.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Oh! Makan


Sumber: Oh! Media