Caprice Telah Menetapkan 3 Peraturan Untuk Menyertai Pasukan PUBG Beliau



Penyanyi rap tanah air yang kini mencari pemain-pemain e-sukan untuk skuad PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) terbaharunya, Ariz Ramli, menetap tiga peraturan mudah bagi mereka yang mahu menyertainya. Menurut Ariz atau senang dikenali sebagai Caprice, pemainnya perlu:

-Menjaga Agamanya
-Menjaga Ibunya
-Membawa balik Chicken Dinner (Menang perlawanan dalam PUBG)


Sebelum ini Caprice mengumumkan pihaknya sedang mencari pemain-pemain e-sukan PUBG dan menawarkan gaji antara RM3,000-RM5,000. Ariz atau senang dikenali sebagai Caprice berkata dia akan menubuhkan satu pasukan e-sukannya tersendiri dan bakal mengadakan pencarian uji bakat terbuka.

Selepas sehari memuat naik pengumumannya itu di Instagram, Caprice berkata dia terkejut dengan sambutan orang ramai. Menurut Caprice, dia juga berharap pasukannya itu dapat menang beberapa perlawanan dalam PUBG. Selain dikenali sebagai seorang selebriti, Caprice juga merupakan usahawan dan pengasas kepada aplikasi Mengaji.com, Classruum.com dan Umrahloka.







Sumber: WTM



Sumber: Oh! Media