Bini urus sendiri anak-anak sakit, suami tunggu dalam kereta main telefon

SETIAP pasangan yang berkahwin sudah pasti menginginkan kehidupan berumah tangga yang indah. Namun, tidak semuanya perkahwinan yang dibina berjalan seperti yang diingini sekiranya tersalah memilih pasangan.

Sebuah perkongsian di Facebook oleh Umi Nur Norza, menceritakan kepayahan seorang wanita selepas berkahwin.

Lebih berat mata memandang apabila wanita tersebut melakukan pelbagai tanggungjawab sebagai isteri tanpa bantuan si suami.

Datang klinik dengan 4 anak kecil…

Pada mulanya, Umi Nur Norza terlihat wanita berkenaan bersama empat anaknya dalam lingkuangan usia empat bulan hingga lapan tahun.

Nampak dia kelam kabut uruskan anak-anak

Tiba gilirannya untuk berjumpa dengan doktor, namun masih sibuk menguruskan pelbagai karenah anak-anak tanpa bantuan si suami.

Bila tanya pasal suami, dia senyum je…

Biasanya kalau ibu uruskan anak seorang diri sebab suami sibuk bekerja. Tapi si ibu ni lain macam sangat bila dah tersenyum kelat.

“Ayah dalam kereta, tengah main telefon…”

Sayu bila dengar jawapan jujur daripada anak sulung mereka ni. Seakan-akan sudah memahami situasi yang dihadapi oleh ibunya itu.

Mengundang kemarahan netizen!

Perkongsian ini ternyata mengundang perhatian ramai dimana rata-ratanya amat kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab suami kepada wanita terbabit.

Kepada para suami di luar sana, laksanakan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya. Ketahuilah, isteri tidak memerlukan harta atau wang ringgit, cukup sekadar membantu mereka dalam menguruskan hal yang sepatutnya.



Sumber: myterengganu.com