Apa perasaan korang bila melihat haiwan dilempar di depan mata? Hari ini tersebar satu gambar di media sosial barat yang diambil dari rakaman litar tertutup yang menunjukkan seorang wanita telah mencampak seekor kucing ke arah rumah jirannya.
Difahamkan, tindakan mencampak kucing itu diambil berikutan berang terhadap kucing berkenaan yang selalu masuk ke kawasan rumahnya. Kesan dari itu, kucing berkenaan kini sedang dirawat setelah mengalami kecederaan pada bahagian tisu lembut.
Kucing peliharaan yang diberi nama Shadow itu dilihat telah dicampak ke arah pintu hadapan rumah tuannya. Sambil membaling, wanita tersebut juga menjerit, ‘Saya akan halaunya keluar’ dengan harapan pemilik kucing tersebut sedar.
Namun, tindakannya itu membawa padah apabila dia disabitkan dengan kesalahan dan juga dibicarakan di mahkamah.
Pihak mahkamah telah menjatuhkan hukuman dengan mengarahkan untuk melakukan kerja kemasyarakatan sepanjang tempoh 12 bulan beserta aktiviti pemilihan selama 30 hari dan turut dikenakan denda sebanyak RM442 beserta surcaj korban dengan nilai yang sama.
Lihat video di Metro.uk.
Sumber: Oh! Media