Anjing diracun sampai mati oleh pencuri durian Musang King


Baru-baru ini seorang pemilik kebun durian di Perak mengambil keputusan untuk menggunakan anjing bagi menjaga kebunnya dari diceroboh pencuri berikutan durian Musang King dan Durian Kampung miliknya selalu dicuri. 

Malangnya, bukan sahaja duriannya dicuri, malah anjingnya turut diracun sampai mati. 

Pemilik kebun itu sedih dengan kejadian itu dan dalam masa sama tidak dapat mencari anjing-anjing yang lain untuk menjaga kebunnya dalam masa yang begitu singkat. 

"Ketika musim durian, semua ahli keluarga saya akan menjaga kebun durian ini setiap malam bagi mengelakkan buahnya dicuri," katanya. 

Sebelum ini hanya dia sahaja yang menjaga kebun tersebut. Tetapi malangnya pencuri terbabit datang mengambil hasil tanamannya ketika dia pulang untuk tidur di rumah. 

Menurutnya, sebiji durian Musang King bernilai RM50 dan jika 10 biji Musang King dicuri, dia mengalami kerugian RM500. 

"Pokok durian ini hanya berbuah dua kali setahun. Jika kami gagal menjaganya, maknanya usaha kami selama ini hanyalah sia-sia sahaja," katanya. 



Sumber : thereporter.my