Anak saudara kepada penyanyi Mawi yang berusia tiga bulan meninggal dunia di kediamannya semalam secara mengejut. Menurut Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, ia berlaku tanpa dijangka kerana bayi itu dilihat sihat tidur di hadapannya pada malam sebelumnya.
"Anak saudara saya umur baru 3 bulan malam tadi tidur depan saya sambil-sambil kami berborak adik beradik selepas majlis tahlil untuk arwah mak kami. Pagi tadi tengok-tengok dia dah tak sedar..Allah..Kau lebih tahu. Kami takde daya ya Allah..kau saja yg berhak ke atas kami. Semoga aman damai AZRA SYAKIRIN BINTI AZRI," tulisnya.
Mawi yang juga penyampai radio Zayan berkongsi berita sedih itu di akaun Instagram miliknya. Menerusi entri tersebut Mawi dilihat bersama jemaah lain sedang melakukan solat jenazah. Mawi turut memberi kata-kata semangat buat adiknya, Asmidah yang merupakan ibu kepada bayi tersebut.
"Harap kau kuat dan tabah @asmidah_ani. Apa pun yang berlaku balik la pada Dia, insya-Allah di situ ada ketenangan," pujuknya. Rata-rata memberikan ucapan takziah kepada Mawi sekeluarga di atas kehilangan salah seorang saudara mereka.
+ Baca respon pembaca di Oh! Media.
Oh! Makan
Sumber: Oh! Media