Sebelum ini kita mendengar berita mengatakan kerajaan bersedia untuk menjual syatikat penerbangan Malaysia Airlines Bhd tetapi perlu mengekalkan identiti asalnya yang membawa nama Malaysia. Dengan itu, syarikat penerbangan tambang murah terkemuka negara iaitu AirAsia Bhd telah menunjukkan minat mereka dan tidak menolak akan mengambil alih MAS.
AirAsia melihat terdapat potensi besar dalam penggabungan ini kepada kedua-dua pihak jika ianya dapat dijalankan dengan strategi yang tepat dan memfokuskan kepada landasan perniagaan sebenar.
Jika korang ikuti perkembangan MAS, krisis dan campur tangan dalaman kepada MAS sebelum ini telah menjadi antara punca pembatalan perjanjan pertukaran saham antara MAS dan AirAsia pada 8 Ogos 2011.
Sumber berkata, jika cadangan gabungan itu terlaksana, perkara yang akan dilaksanakan terlebih dahulu adalah mengukuhkan pengurusan Malaysia Airlines dan menjadikan syarikat penerbangan negara itu sebagai sebuah syarikat penerbangan baharu.
Sumber: Oh! Media