Nampaknya, ada sahaja yang tidak kena dengan beberapa pemimpin ni. Ini dapat dilihat apabila seorang lagi pemimpin DAP dikatakan telah mempersoalkan sama ada dua nombor plat kereta yang digunakan oleh kerabat diraja Johor termasuk yang dipakai oleh Permaisuri Johor telah didaftarkan di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau tidak.
Ahli Parlimen Labis, Pang Hok Liang itu sebelum ini telah mengemukakan soalan bertulis di Parlimen dan satu rakaman video telah tersebar dan mengundang reaksi pelbagai pihak.
Ini merupakan soalan bertulis dari pemimpin DAP.
Soalan bertulis Hok Liang berbunyi: Minta menteri pengangkutan menyatakan sama ada nombor plat “TMJ” dan “RZ” telah didaftarkan dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan sebagai pendaftaran kenderaan yang sah oleh mana-mana pihak dan sekiranya tidak, sama ada kenderaan-kenderaan yang mempunyai nombor plat itu dibenarkan di atas jalan raya.“TMJ” merupakan nombor plat digunakan Putera Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim manakala nombor plat “RZ” digunakan oleh Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah.
Sementara itu, Ketua Pembangkang Johor, Datuk Hasni Mohamad membawa usul tergempar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dengan mendakwa soalan Hok Liang itu satu penghinaan terhadap Sultan Johor.
+ Baca respon pembaca di Oh! Media.
Sumber: Oh! Media