7 fakta Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, YDPA ke-16

Hari ini, Malaysia sekali lagi akan menjadi tumpuan rakyat dan masyarakat luar negara apabila berlangsungnya Istiadat Pertabalan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Istiadat yang akan berlangsung di Istana Negara itu secara rasminya menandakan permulaan pemerintahan Sultan Abdullah sebagai Ketua Utama Negara untuk tempoh lima tahun akan datang.

Al-Sultan Abdullah melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Jan lepas.

Tujuh Fakta Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin, YDPA ke-16

1. Baginda adalah anakanda ke 4 Almarhum Sultan Ahmad Shah. 3 anakanda pertama Almarhum adalah puteri.

2. Baginda pernah dihukum rotan tangan oleh guru atas kesalahan merokok. Baginda tidak merokok, tetapi tertangkap kerana duduk bersama-sama pelajar lain yang merokok. Baginda menerima sahaja hukuman tersebut kerana tidak mahu memanjangkan kes. Almarhum Sultan Ahmad tidak pernah diadukan berkenaan peristiwa tersebut sehingga ke akhir hayat baginda.

3. Baginda mula bercinta dengan Permaisuri Agong, Tengku Azizah Aminah ketika masing-masing berusia 13 dan 12 tahun. Perkenalan baginda berdua bermula di padang polo

4. Baginda mempunyai sehelai baju t-shirt “I don’t Google, I ask my wife”

5. Baginda dilantik menjadi Tengku Mahkota pada usia 16 tahun. Kemudiannya baginda dihantar ke Aldenham School, Hertfordshire UK untuk melanjutkan pelajaran. Percintaan baginda dan Tengku Azizah diteruskan melalui surat kerana panggilan telefon sangat mahal.

6. Baginda adalah adik ipar kepada Sultan Johor sekarang, Sultan Ibrahim Ismail. Tengku Azizah Aminah adalah adinda kandung Sultan Ibrahim.

7. Baginda berkahwin dengan Tengku Azizah pada 1986. Tidak mempunyai anak sehingga tahun 1990 tetapi puteranya Tengku Ahmad Iskandar mangkat ketika dilahirkan. Anakanda kedua baginda berdua, Tengku Hassanal dilahirkan pada tahun 1995 dan kini adalah Tengku Mahkota Pahang

Daulat Tuanku. Semoga Allah memberi kekuatan dan kebijaksanaan bagi memimpin negara.



Sumber: myterengganu.com