(Video) Polis Johor Perjelas Punca Sebenar Kenderaan Anggota Pandu Lawan Arus


Baru-baru ini telah tersebar pula satu rakaman menunjukkan sebuah kenderaan polis yang dilihat dipandu secara berlawanan arus di Lebuhraya Linkedua Arah Timur, Plaza Tol Perling.

Seperti biasa, tanpa usul periksa netizen telah memberikan komen dan kecaman terhadap apa yang mereka lihat dalam video terbabit. Dalam video berkenaan juga, kita dapat mendengar perakam bersama penumpang yang lain memaki pihak polis kerana memandu lawan arus.

Namun pihak Polis Johor tampil pantas memberikan kenyataan berkaitan isu terbabit yang menyatakan bahawa anggota mereka dalam tugasan mencegah kemalangan.

Rakaman kereta polis dipandu lawan arus



Kenyataan media Polis Johor




Sumber: Oh! Media