Uber Perkenalkan Perkhidmatan Teksi Udara


Masing-masing kini mencuba untuk menginovasi sebuah kereta yang berkemampuan untuk terbang. Ini dapat dilihat apabila syarikat pengangkutan e-hailing Uber turut tidak ketinggalan apa telah merancang untuk memperkenalkan perkhidmatan teksi udara menjelang tahun 2023.

Jika dilihat kepada reka bentuk dan cara kenderaan udara itu beroperasi, ia cukup mengujakan kami dan ianya pasti akan memberikan kita satu pengalaman yang berbeza jika ia dapat diwujudkan nanti.

Dalam pada itu, Melbourne telah dipilih untuk menjadi lokasi utama perkhidmatan ini digunakan kerana ia merupakan 1 daripada 3 bandar yang bakal menggunakan perkhidmatan teksi udara ini dan ujian utama operasi ini akan dilakukan pada tahun 2020.


+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media