"Tuhan Bukakan Kembali Hati Saya Untuk Kembali Bersama Aliff" - Bella Astillah


Perkahwinan yang dibina selama 3 tahun akhirnya bertemu titik noktah selepas bercerai talak satu pada 16 Mei lalu, Bella Astillah memberitahu masih terlalu awal untuk menerima bekas suaminya, Aliff Aziz kembali dalam hidupnya.

Bella berkata lagi, perceraian mereka masih baru dan dia tiada jawapan untuk perkara itu. Meskipun bukan lagi bergelar suami isteri namun hubungan mereka masih baik demi anak tunggal mereka, Ayden Adrean.

"Buat masa sekarang sukar untuk saya buat keputusan mahu kembali bersama kerana perceraian kami masih baru. Jika saya katakan tidak, takut nanti perkara itu akan terjadi.

"Saya selalu berhubung dengan Aliff kerana dia bapa kepada anak kami. Namun tidak pernah berbincang soal kembali bersama. Jika dia bertanya sekalipun, saya tidak berikan jawapan," katanya.

Menurut Bella lagi, dia tidak boleh menerima bekas suaminya itu kembali disebabkan rasa kasihan dan menyerahkan soal jodoh kepada Allah. Terdahulu, Aliff berdoa agar dapat diberikan peluang kedua dalam perkahwinan bersama Bella Astillah. Aliff juga mengakui dia bersikap angkuh dan sambil lewa dengan kebaikan yang dilakukan bekas isterinya itu.

"Saya tidak boleh terima dia kembali hanya disebabkan rasa kasihan. Ini soal hati dan perasaan. Saya serahkan segalanya pada Tuhan. Saya sendiri tidak tahu jika satu hari nanti Tuhan bukakan kembali hati saya untuk kembali bersama Aliff," katanya.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Oh! Makan







Sumber: Oh! Media