Tersentuh dengar alunan Al-Quran, penuntut UMT ini berhijrah dari ateis kepada Islam

BUKAN mudah bagi seseorang itu untuk mengubah pegangan atau kepercayaan agama yang telah lama dianutinya sejak kecil lagi.

Namun, seorang penuntut di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Giovanna Wolswijk telah mengucapkan dua kalimah syahadah dalam sebuah Majlis Syahadah baru-baru ini.


Gadis yang berasal dari Itali itu merupakan penuntut Master di Institut Oseanografi dan Sekitaran di universiti berkenaan.

Difahamkan, Giovanna sebelum ini merupakan penganut ateis dan mula tertarik dengan Islam sejak Februari lalu.

Proses pengislamannya berjalan lancar melalui Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM) dan banyak bimbingan yang diberikan sejak Giovanna menyatakan keinginnya untuk berhijrah.

Gadis berusia 24 tahun itu mula menyesuaikan diri dengan memberi salam kepada rakan-rakan yang lain selain belajar untuk mengucap dua kalimah syahadah.

Menjengah ke ruangan komen, netizen memberikan pelbagai reaksi apabila rata-rata meluahkan rasa syukur kerana Giovanna telah menjadi saaudara baru Islam.

Sumber: Media Kreatif UMT



Sumber: kulihatlangitbiru.com