Mungkin masih ramai yang tidak tahu mengenai mySalam yang merupakan salah satu inisiatif yang berkaitan dengan skim perlindungan kesihatan. Ia bertujuan untuk menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada individu B40. Terutamanya untuk penerima Bantuan Sara Hidup, anda sebenarnya layak untuk menuntut wang sehingga RM8.000 melalui skim ini.
Di bawah mySalam, penerima akan mendapat manfaat pendapatan harian sebanyak RM50 sehari (maksimum 14 hari) sekiranya sedang menjalani rawatan di hospital. Dan sekiranya penerima disahkan mengidap 36 jenis penyakit kritikal, pembayaran RM8,000 akan dibuat sekaligus ke akaun penerima.
Skim ini telah berkuatkuasa 1 Januari lalu yang dikendalikan oleh Great Eastern Takaful Berhad dan disahkan patut syariah. Proses tuntutan boleh dibuat bermula 1 Mac 2019 di portal rasmi mysalam.com.my
Ini adalah langkah untuk membuat tuntutan mySalam 2019:
- Layari portal rasmi mysalam.com.my dan login menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang dihantar melalui SMS
- Klik “Download Form” dan muat turun borang “Critical Illness – Doctor’s Statement form”
- Serahkan borang tersebut kepada doktor untuk diisi dengan lengkap
- Kemudian login semula ke portal mySalam dan pilih Claims > Claims Submission > CI Claims
- Isi maklumat yang diperlukan dan muat naik beberapa dokumen diperlukan seperti surat pengesahan doktor dan kad pengenalan
- Klik “Submit” untuk hantar tuntutan.
Sekiranya berjaya, wang akan dikreditkan terus ke akaun penerima seperti yang didaftarkan di bawah skim BSH 2019.
Antara Senarai 36 Jenis Penyakit Krtitikal Yang Dilindungi Di bawah Program mySalam
- Penyakit Alzheimer/Gangguan Kemerosotan Otak Organik Tidak Boleh Pulih
- Angioplasti dan Rawatan Pembedahan Lain Untuk Penyakit Arteri Koronari Utama
- Meningitis Bakteria
- Tumor Otak Benigna
- Buta/Hilang Penglihatan Sepenuhnya
- Pembedahan Otak
- Kanser
- Kardiomiopati Teruk
- Anemia Aplasia Kronik
- Koma
- Pembedahan Pintasan bagi Penyakit Arteri Koronari
- Kepekakan/Hilang Pendengaran Menyeluruh dan Tidak Boleh Pulih
- Ensefalitis/encephalitis
- Kegagalan Hati Tahap Akhir
- Penyakit Paru-Paru
- AIDS Peringkat Teruk
- Hepatitis Virus Fulminan
- Serangan Jantung
- Pembedahan Injap Jantung
- HIV Akibat Transfusi Darah
- Kegagalan Buah Pinggang – Dialisis atau pemindahan buah pinggang
- Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
- Hilang Pertuturan
- Trauma Kepala Utama
- Pemindahan Organ Utama/ Sum
- Penyakit Neuron Motor
- Sklerosis Berbilang
- Distrofi Otot
- Kelumpuhan / Paraplegia
- Penyakit Parkinson
- Hipertensi Arteri Pulmonari Primer
- Penyakit Arteri Koronari Lain Yang Serius
- Strok
- Pembedahan Aorta
- Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis (SLE)
- Pelecuran Tahap Ketiga
Dan untuk makluman skim ini hanya kepada penerima yang menerima rawatan di hospital kerajaan sahaja. Setakat ini skim mySalam tidak melindungi penerima yang mendapatkan rawatan sepenuhnya di hospital swasta. Untuk senarai hospital di bawah skim ini, anda boleh rujuk http://bit.ly/2WAKtbr.
Manakala untuk maklumat lanjut tentang Skim Perlindungan Nasional B40 ini, anda boleh menghubungi careline mySalam di 1-300-888-938 atau emel ke mysalam@greateasterntakaful.com
Sumber : New Malaysian Post
Sumber: Oh! Media