LONDON – Tanggapan umum, atau biasa disebut sebagai generalisation, ialah satu perkara biasa dalam masyarakat terutama untuk membuat perbandingan.
Bagaimanapun, perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kita tidak perlu rasa tersinggung kerana tanggapan seperti itu tidak semestinya benar.
“Ada masanya kita perlu meletakkan tanggapan umum apabila mahu membandingkan satu kumpulan dengan kumpulan yang lain.
“Memang British pernah menganggap dan melabel orang Melayu sebagai malas, dan kadang-kadang saya juga setuju dengan tanggapan itu.
“Ia hanya satu tanggapan. Saya tahu masih ramai orang Melayu yang rajin dan sanggup berusaha keras untuk mengubah taraf hidup mereka,” katanya.
Dr Mahathir berkata demikian ketika sesi soal jawab selepas berucap ketika lawatannya ke Cambridge Union Society yang menjadi lokasi pertemuan persatuan debat paling tua di dunia.
Dr Mahathir berada di London untuk lawatan kerja selama tiga hari.
Sumber: kulihatlangitbiru.com