KUALA LUMPUR – Individu yang dikaitkan dengan video intim bersama seorang yang didakwa menteri kabinet membuat pengakuan bersumpah beliaulah orang yang terlibat dalam perbuatan sumbang itu.
Haziq Abdullah Abdul Aziz yang juga setiausaha sulit kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin.
Haziq mendakwa video tersebut dirakam pada 11 Mei lalu di sebuah bilik hotel di Sandakan dan ketika itu umat Islam sedang berpuasa di bulan Ramadan.
“Saya Haziq Aziz dengan ini saya membuat pengakuan bersumpah bahawa sayalah individu bersama […] dalam video yang telah viral semalam.
“Video tersebut diambil tanpa kebenaran saya pada 11 Mei (semasa) Pilihan Raya Kecil Sandakan di (bilik) […] di Hotel Four Points,” katanya melalui rakaman video yang dimuat naik di media sosial awal pagi ini.
Nama menteri yang disebut tidak dapat disiarkan memandangkan menteri yang didakwa belum memberikan sebaŕang komen.
Dalam rakaman yang sama. Haziq yang berusia 27 tahun dan berkelulusan jurusan undang-undang mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat menteri terbabit.
“Saya menggesa SPRM untuk menyiasat […] atas tuduhan korupsi.
“Dia bukanlah individu yang layak menjadi seorang pemimpin,” katanya.-MalaysiaGazette
Sumber: kulihatlangitbiru.com