Selepas penyerang dan bintang sensasi pasukan Liverpool, Mohamed Salah mula menarik minat banyak kelab, ini merupakan jawapan dari penyerang terbabit.
Salah kini telah membuat keputusan untuk menolak tawaran lumayan dari pasukan Real Madrid dan Juventus untuk musim hadapan dan memberitahu mungkin akan mempertimbangkan semula tawaran untuk musim seterusnya.
Bintang antarabangsa Mesir itu dikaitkan dengan tawaran sebanyak £150 juta (RM795 juta) untuk pindah ke Madrid namun sudah memberitahu kelab berkenaan betapa dia belum sedia meninggalkan Liverpool musim ini.
Dalam respon lain, pengendali Liverpool, Jurgen Klopp sedar mengenai minat besar kelab gergasi itu terhadap Salah dan pernah berbincang dengan pegawai kanan kelab berkenaan mengenai tawaran berkenaan.
Nampaknya, Liverpool perlu memastikan pasukan mereka kekal kuat dan menjadi lebih kuat musim depan supaya pemain-pemain ini terus berada bersama pasukan terbabit.
Sumber: Oh! Media