Seorang wanita bernama Yusmiliati mendakwa dianiaya seorang ahli perniagaan terkenal, Sajat selepas membantu ahli perniagaan berkenaan untuk menukar jantina pada MyKad. Yusmiliati Mohamed Yusof mendakwa, pada awalnya dia menawarkan diri bagi membantu Sajat - atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman - mengubah status jantina asal pada kad pengenalannya. Menurutnya, dia menawarkan perkhidmatan itu untuk sejumlah bayaran. Yusmiliati berkata dia mula berkenalan dengan Sajat melalui orang ketiga pada sekitar Jun 2017.
.
Walaubagaimanapun, menurut Yusmiliati, pada 30 September dan 13 Oktober 2017, JPN menghantar salinan surat kepada mereka menyatakan bahawa permohon tersebut ditolak. Ini kerana kegagaklan Sajat untuk melampirkan surat keterangan dari doktor yang menyatakan bahawa Sajat seorang khunsa.
Susulan keputusan itu ahli perniagaan terbabit yang turut terkenal sebagai penyanyi melemparkan pelbagai tuduhan selain membuat laporan polis ke atasnya pada 29 Ogos 2018. Tindakan Sajat, katanya, menyebabkan dia ditahan reman selama empat hari di Balai Polis Ampang dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Justeru, Yusmiliati menggesa Sajat membuat permohonan maaf dalam tempoh 48 jam. Sekiranya gagal, kata Yusmiliati, dia akan memulakan proses tindakan undang-undang ke atas personaliti terbabit. Menurut Yusmiliati dia mahu permohonan maaf itu dibuat secara bertulis dan dialamatkan kepada peguamnya. Dia juga mahu Sajat dan pembantunya memuat naik rakaman video permohonan maaf terbuka mereka di laman sosial.
Sumber : MalaysiaKini
Sumber: Oh! Media