‘PM punya kuasa veto, tak perlu rujuk Kabinet’ – Latheefa

SHAH ALAM – Perdana Menteri sememangnya mempunyai kuasa veto dalam memutuskan sesuatu tanpa perlu merujuk Kabinet.

Exco Armada Nasional Muzzammil Ismail berkata, oleh itu tindakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melantik Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang baharu tanpa merujuk Kabinet tidak perlu dipertikaikan kerana Dr Mahathir berhak membuat keputusan tersebut.

“Sedangkan kerap kali juga ada beberapa ahli Kabinet tidak merujuk kepada Perdana Menteri sebelum membuat keputusan.
“Jadi kenapa perlu ada ahli Parlimen biasa yang mempertikai dan meminta penjelasan lebih. Tidak kurang mereka yang membidas tindakan itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya lagi, tindakan ini juga mungkin strategi politik Perdana Menteri kepada mana-mana pihak yang cuba untuk memberi tekanan untuk beliau meletak jawatan.

“Selain itu, untuk mereformasi SPRM dan membuat pembersihan dalam sektor awam, terutama SPRM itu sendiri, sebenarnya memerlukan individu yang berprinsip dan berintegriti tinggi,” katanya.



Sumber: kulihatlangitbiru.com