‘Penjawat Awam Perlu Bebas Daripada Terikat Dengan Parti Pemerintah’ - Dr Mahathir


Penjawat awam di negara ini perlu bebas daripada terikat dengan parti pemerintah dan menjalankan tugas mereka dengan berkecuali, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, beliau berkata penjawat awam perlu memahami bahawa mereka perlu akur terhadap tindakan dan dasar dibuat oleh kerajaan yang dipimpin oleh parti pemerintah bagi memastikan pentadbiran negara diteruskan dengan baik.

"Selepas pilihan raya (umum) lepas terdapat pertukaran (kerajaan) pusat dan negeri, ini dirasakan ganjil untuk beri khidmat kepada mereka dahulu terdiri daripada parti lawan ditentang oleh kerajaan kita. Kadang-kadang agak sukar untuk menukar kesetiaan kita daripada kerajaan dahulu kepada yang baharu.

"Oleh kerana kita terima sistem demokrasi dan sistem demokrasi kadang-kadang tukar kerajaan melalui pilihan raya maka kita perlu ingat bahawa anggota perkhidmatan awam yang berkhidmat perlu membebaskan diri daripada parti yang memerintah,” tambahnya lagi.

Sumber : Bernama
Sumber: Oh! Media